Ph meter

Harga RM 180.00/unit
Deposit RM100.00

Penghantaran dalam masa 3 - 4 minggu

Berminat?

hubungi mr adi 013 8494242

INFO LINTAH DAN MINYAK LINTAH TEGAP TEGUH

Dalam blog ini kami kongsi bersama mengenai info ternakan lintah.

Minyak lintah Tegap Tegang yang dihasilkan dari resepi turun temurun untuk membantu masalah seksual lelaki dan juga digunakan untuk urutan tradisional bagi menghilangkan masalah angin badan, melancarkan darah,sakit sakit sendi(gout), sakit sakit badan.

minyak lintah tegap teguh hanya untuk digunakan pada bahagian luar badan sahaja.

terima kasih


Showing posts with label cocoon. Show all posts
Showing posts with label cocoon. Show all posts

Sunday

FAKTOR UDARA DI DALAM TANGKI LINTAH

Pengudaraan yang sempurna di dalam tangki atau kolam lintah /leech anda merupakan salah satu faktor yang mampu menjadikan lintah anda membiak dengan baik dan sempurna. Suasana yang segar, udara yang tidak terlampau panas didalam tangki atau kolam adalah sesuai untuk perkembangan lintah.

Untuk itu, mana mana penternak lintah yang menggunakan tangki lintah khasnya wajib memastikan pengudaraan didalam tangki lintah adalah tidak terlampau panas.

Perkara perkara yang anda perlu lakukan bagi memastikan udara dalam kolam lintah tidak panas
  • jangan dedahkan tangki atau kolam lintah anda terus kepada cahaya matahri;
  • buat satu ruang udara diatas tangki anda bagi memastikan udara segar masuk ke dalam tangki / kolam dan udara panas keluar dari tangki. Kenal pasti arah angin di kawasan anda meletakkan tangki lintah, dan halakan ruang udara tangki lintah ke arah angin;
  • sekiranya anda meletakkan tangki lintah anda dikawasan tanah lapang gunakan netting orkid berwarna hitam dengan ketelusan cahaya matahari 80%

FAKTOR TANGKI LINTAH
Kajian yang saya buat mendapati tangki lintah 100 gelen berwarna hitam adalah amat sesuai untuk lintah kerana:
  • kurangnya terhasil udara panas didalam tangki ;
  • salah satu faktor yang mampu memberi keselesaan yang tinggi kepada lintah anda, penggunaan tangki 100 gelen yang berwarna hitam boleh menggandakan anak anak lintah anda dengan cepat.

Wednesday

ANTARA LINTAH DAN HARAPAN

Tentu diantara kita sudah menternak lintah...mungkin dah setahun.......atau 8 bulan yang lalu....atau 6 bulan yang lalu.......hasilnya???????? adakah anda bangga atau kecewa dengan hasil lintah anda????????kalau anda berjaya gandakan lintah anda SEKALUNG TAHNIAH dari saya....kalau anda gagal mempergandakan lintah anda......DI MANAKAH SILAPNYA.......adakah teori 1 ekor lintah boleh menghasilkan anak anak lintah sebanyak 200 ekor boleh dipakai...??????

Masalah utama dalam ternakan lintah adalah :
- Teknik
adakah teknik air berkesan......adakah cocoon terbentuk dengan kaedah ini????

-tanah
tanah apa yang anda guna.....tanah bukit? /tanah banyak cacing???? atau tanah gambut??? atau tanah sawah????? apa kah anda fikir bahawa lintah sesuai hidup di semua jenis tanah??????adakah anda terfikir bahawa lintah amat sensitif dengan suasana ph yang tinggi atau rendah?????

-suhu
dimanakah tangki atau kolam ada??? terdedah kepada cahaya matahari atau........hujan....

- baja
ini juga antara yang terpenting.....baja apa anda guna.....????kompos atau vermikompos?.....berapa kekerapan anda memberi lintah anda makan.....?

Thursday

TIPS MEMILIH KURSUS LINTAH

Tips untuk memilih kursus lintah yang di buat di Negeri Sarawak ;

1. ada kontrak farming;
2. penganjur kursus ada menternak lintah
3. semasa kursus penganjur tidak merendah rendahkan penganjur lain;
4. pastikan nama syarikat yang digunakan penganjur berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia(SSM) bagi status sendirian berhad (SB) / PBT bagi status enterprise.........
5. penganjur ada pejabat ;
6. yang paling penting......ada kilang memproses lintah untuk dijadikan produk.....jangan asyik dalam iklan dalam blog atau web penganjur asyik tunjuk produk orang lain aje...asyik asyik tunjuk sensa oil, minyak lintah gunung.......atau krim lintah......yang pasti itu produk orang lain...

pengalaman saya ada juga penganjur kursus lintah yang hanya pandai bercakap.....tetapi pelan jangka masa panjang tiada.......hanya mengambil kesempatan dari peserta kursus lintah untuk mengutip duit kursus, untuk menjual lintah dengan harga tinggi....

ada juga yang saja saja membuat kursus lintah......bila di tanya peserta macamana nak beli lintah....senang aje jawab si penganjur......dia bagi no. telefon penagnjur kursus lain....dia suruh beli lintah dari penganjur tersebut............

banyak lagi karenah penganjur.....kadang kadang ada teknik yang digunakan tak menjadi........ternak 1000 ekor dalam tangki......bila nak tuai....bukannya bertambah bahkan semakin kurang lintah di dalam tangki.......

tujuan saya menulis ni bukannya nak hancurkan mana mana pihak........cuma kita sebagai penternak kena bijak memilih penganjur kursus lintah.....sebab apa.....kita dah laburkan duit kita dan masa kita untuk lintah....silap perancangan dan percaturan kita yang akan rugi.....


semoga tips yang saya berikan berguna untuk tuan puan.....walau apa apa pun......tepuk dada tanya poket.......wassalam.

Sunday

TELUR LINTAH

Segala penat lelah sejak disember 2008 menternak lintah....kini saya boleh menarik nafas lega kerana lintah dah pun bertelur dan menghasilkan anak lintah.......gembira rasa nya....mula mula tengok anak lintah adalah sangat halus kecil sedikit dari ketebalan jarum. Mula-mula melihat anak lintah adalah pada awal bulan 2/2009.....dan kini anak lintah dah semakin membesar.....hampir sebesar batang mancis..........