Ph meter

Harga RM 180.00/unit
Deposit RM100.00

Penghantaran dalam masa 3 - 4 minggu

Berminat?

hubungi mr adi 013 8494242

INFO LINTAH DAN MINYAK LINTAH TEGAP TEGUH

Dalam blog ini kami kongsi bersama mengenai info ternakan lintah.

Minyak lintah Tegap Tegang yang dihasilkan dari resepi turun temurun untuk membantu masalah seksual lelaki dan juga digunakan untuk urutan tradisional bagi menghilangkan masalah angin badan, melancarkan darah,sakit sakit sendi(gout), sakit sakit badan.

minyak lintah tegap teguh hanya untuk digunakan pada bahagian luar badan sahaja.

terima kasih


Thursday






ni gambar saya ambil dari pasu dalam kolam lintah saya sebulan setengah yang lepas....maaf lambat upload.....busy dengan kerja harian,....maklumlah makan gaji. yang merah panjang tu lah anak anak lintah.......pelintah yang baru tentu seronok kalau melihat anak anak lintah kan.....dalam apa apa bidang yang kita ceburi.....pertama yang perlu kita ada adalah minat......kedua belajar....sebut pasal belajar ni....orang kita paling lemah dalam bab membaca.....bukannya tak pandai membaca tetapi tak rajin nak membaca...sedangkan ilmu punca utama adalah dari pembacaan.....mengikut pengalamn saya...ilmu yang diperolehi dari berkursus adalah 10 peratus sahaja....selebihnya dari penyelidikan, bacaan, kajian dan pengalaman, dalam apa apa bidang yang kita ceburi sifat pertama yang paling utama ialah bertanya....jangan kita fikir kalau sudah berkursus lintah kita sudah pandai....sebenarnya kita silap..... dan kedua merendah diri....apa apa ilmu adalah datang dari Allah.......dan keberkesanan ilmu dan usaha yang kita buat adalah atas usaha, keyakinan dan yang utama adalah dengan izin Allah.

kita belum terlambat untuk bangkit ke arah kejayaan mencapai usahawan lintah.....dari sekarang kita usaha, azam, tekadkan semangat bahawa kita boleh berjaya sebagai pelintah seperti mana pelintah yang lain........dan jangan cepat mengalah......kalau gagal nak dapatkan anak anak lintah......usaha bertanya......jangan cepat putus asa.....dan kalau sudah berjaya jangan meninggi diri dan merendahkan orang lain...sebab dalam sekelip mata nikmat yang kita ada boleh hilang.......

Wednesday

PROSEDUR TERNAKAN LINTAH


hampir semua pelintah yang mula mula menternak lintah, sentiasa melihat perkembangan lintah hari hari,, berjam jam lamanya...kejap tengok...kejap tengok....kadang kadang binggung kalau lintah tak muncul atas permukaan air.....macam macam tanggapan yang timbul.....hidupkah lintah aku....camna kalau mati.......tak sampai 2 minggu letak lintah.....dah selongkar balik kolam lintah....mahligai diangkat.....tanah sawah di kacau......kalau macam ni lah sikap pelintah alamat angan angan mak jeninlah harapan nak jadi jutawan lintah....tak ada sikap sabar langsung....

dalam kursus lintah kita ditekan dalam penjagaan beberapa perkara ;

1. air
ramai pelintah baru tak ambil berat langsung dengan kualiti dan kuantiti air yang digunakan......lupa dah kesesuain air dengan lintah......bila tanya dah check ph air ke......jawabnya 'sudah masa mula mula dulu'......masa mula mula?bila di tanya apa masa mula mula.....jawabnya 'alaaaaa yang test klorin tu'........kantoi....... masih juga tak faham apa itu klorin dan apa itu ph air....dan bila dalam masa 2 bulan lintah tak menghasilkan anak yang banyak....mulalah kata 'sapa cakap ternak lintah boleh jadi jutawan' sedangkan apa yang disuruh dalam kursus tak dibuat. kalau nak bagus pastikan paras air 1 kaki......

2. tanah sawah
bab tanah ni....ramai pelintah ambil mudah sahaja...asal tanah main taruh sahaja.....cik adik dan cik abang....tanah tu penting.....test dulu kadar kandungan ph dalam tanah menggunakan soil meter........kalau tanah tak sesuai alamat kuranglah hasilnya......orang lain seronok tengok kokoon sedangkan kita nga nga sahaja. pastikan tanah yang digunakan adalah tanah sawah.........ingat tu.

3. ph meter
ramai yang cakap cukup la uji ph mengunakan penguji kertas / cecair ph........memang boleh...tapi yang paling tepat ialah ph meter......kenapa saya cakap ph meter ok......sebab kalau guna penguji kertas /cecair ph ada tarikh luput........dan bacaan adalah tidak tepat.....kalau guna ph meter bacaan adalah cepat dan tepat......kalau nak hasil yang optimum bagi saya gunakan ph air.....sebab ph diantara faktor terpenting dalam ekosistem lintah.

4. keladi bunting / kiambang
keladi bunting /kiambang adalah faktor penyumbangan DO(oksigen terlarut) di dalam air.....kita dah maklum bahawa lintah bernafas menggunakan kulit badan....kalau kandungan oksigen kurang didalam air maka pembiakan lintah akan terbantut....apa yang maklum ialah akar akar tumbuhan ini menyumbangkan kandungan oksigen didalam air. kebiasaannya kandungan oksigen akan berkurangan apa bila waktu malam sebab tiada berlaku proses fotosintesis. pastikan tumbuhan tersebut mendapat kadar cahaya yang mencukupi...kalau tak .......tumbuhan tersebut akan mati.

5. Baja lintah

penggunaan baja lintah adalah lebih mudah dari menggunakan belut atau keli....apa yang saya perhatikan dalam ternakan lintah....lintah cepat bertelur dan membesar dengan penggunaan baja lintah....kerana baja lintah dah dirumus khas dengan penggunaan em, menstabilkan ph, zoplanton dalam em membantu proses makanan tambahan untuk lintah, menenangkan lintah.

6. Baja Bio A1
Baja yang kami hasilkan untuk makanan lintah adalah sangat memberangsangkan....ia sesuai kerana mampu mewujudkan persekitaran air yang sangat baik untuk lintah, kawalan bau, ph air, kawalan ammonia dalam air, perwujudan zooplankton untuk makanan tambahan lintah, menyihatkan lintah,hanya 1 gram untuk 1 ekor lintah dalam masa 1 bulan,tidak bertoksid, tiada campuran tanah.

PENGGUNAAN TANAH SAWAH DALAM TERNAKAN LINTAH


Tanah sawah merupakan habitat asal kehidupan lintah, masa lalu di mana zaman belum begitu moden pesawah tidak menggunakan racun rumput atau serangga dalam proses penanaman padi......dan kesannya habitat lintah tidak terganggu...dan wujud ekosistem kehidupan lintah yang harmoni dan tenteram......dan dalam tanah sawah juga ada kandungan ph dan ammonia adalah stabil dan ok.....

sebenarnya kalau kita hendak wujudkan habitat asal lintah dalam tangki ternakan kita.....apa yang perlu kita buat? yang paling utama dalam sistem ternakan tangki lintah ialah air dan tanah sawah...air kita jaga kandungan ph dan kadar klorin........dan tanah sawah merupakan habitat asal lintah.....untuk tanah sawah pastikan kandungan ammonia rendah dan kandungan ph adalah ok sama seperti habitat asal.

Tapi INGAT.....jangan main taruh aje tanah sawah tu.....pastikan tanah sawah yang kita ambil dari sawah tiada aktiviti meracun dilakukan .......paling elok sekali selepas menuai padi dilakukan....nanti tak pasal pasal lintah kita mati atau terbantut pertumbuhan dan terbantut pembiakannya.

Kaedah untuk meletak tanah sawah ialah....ambil pasu bunga(tanah liat) letakkan tanah sawah dalam pasu tersebut......kemudian letakkan pasu dalam tangki dimana paras bahu pasu hampir mencecah paras air.....jangan terkejut kalau lintah lintah panggil geng lintah dan menyerbu tanah tersebut ...hasilnya dalam 1 - 2 hari lintah akan masuk ke dalam tanah......dan bertelur....dan kejayaan penternak lintah ialah penghasilan kokoon yang banyak......dan yang paling penting teknik meletak tanah sawah ialah seperti penghasilan pulau.........

Kedah dua ialah.....sebelum kita mengisi air dalam tangki lintah.......ambil tanah sawah dan buat batas seperti membuat batas biasa....

pengalaman saya dalam penggunaan tanah ialah....mula mula saya gunakan tanah kuning(tanah bukit) bila saya periksa ph tanah selepas beberapa bulan saya menggunakan tanah tersebut...alangkah terkejutnya saya bila bacaan ph tanah ialah 3 (berasid)patutlah saya lihat lintah saya macam tak selera aje tengok tanah tu.......patut saya tengok dan perhati dalam pasu yang saya letakkan tanah kuning(bukit) haram seekor lintah pun tak nak masuk.....bila letak secara paksa pun lintah tak aktif ....last-last saya keluarkan tanah tersebut dan ganti dengan tanah sawah.....berduyun duyun lintah masuk kedalam tanah sawah.....itulah pengalaman namanya..... try and error.

Sunday

LINTAH MATI KALAU AIR BERKLORIN

Saya ada membuat kajian (R & D) mengenai lintah yang diletakkan dalam air yang berklorin, saya telah meletakkan dua ekir lintah dalam tangki air yang berklorin, pertama kali lintah berada dalam air tersebut hasil pemerhatian lintah tersebut terlalu aktif(mungkin stress), dan tidak tentu hala, hasil yang saya dapat selepas 12 jam ialah lintah semakin lemah dan beberapa jam selepas itu lintah mati.

Kesimpulan;

penting dalam penggunaan air paip ialah kita nyahkan klorin dari dalam air tersebut samada kita jemur air di bawah panas matahri atau menggunakan anti klroin. kita boleh tentukan samada air tersebut masih berklorin atau tidak ialah dengan menggunakan klorin tester( bentuk cecair)

Tuesday

PENGGUNAAN EM (EFECTIVE MICROBE)

OK kah penggunaan EM???????

Ramai yang tertanya tanya berkenaan dengan EM. Apa EM.....

EM adalah kumpulan bakteria semulajadi yang terdapat pada alam.

Gabungan bakteria yang berperanan sendiri akhirnya membentuk suatu kerjasama dan apabila diberi kepada alam ianya memberi faedah yang menakjubkan kepada alam sekitar dan kehidupan.
Aplikasi penggunaan khusus bergantung kepada keadaan dan perawatan tertentu.Kajian haruslah dilakukan bagi memastikan kaedah paling berkesan dan ekonomikal.

EM adalah benda hidup. Pengaktifan, penyimpanan dan aplikasi adalah fasa terpenting dalam menentukan keberkesanan penggunaan EM.

Alahhhhhh...yang macam iklan dalam tv tu.......org jepun iklan yogat........itu oranglah pengasas EM......kita orang malaysia lama dah ketinggalan......emmmmmm..

cuma dalam malaysia penggunaan EM masih baru lagi.....kalau di semenanjung lama dah guna....tapi utk Sarawak....jauhhhhhhhh lagi.......maksudnya baru guna.......

tapi dalam industri kilang kelapa sawit.......industri ni memang selalu menggunakan EM.....digunakan dalam sistem pengolahan effluen kelapa sawit.....dan juga dalam industri industri seperti kilang pembuatan mi, kolam kumbahan , pertanian, ternakan , kolam ikan....utk kaki yang berbau pun boleh guna EM...........

EM ni tugas dia adalah membunuh bakteria-bakteria yang jahat......kalau bubuh kat tahi ayam nescaya hilanglah bau tahi ayam tu....matilah bakteria jahat.......

Disamping itu, penggunaan EM dalam industri ternakan kolam juga adalah penting....dimana kalau dicampur dalam air kolam mengikut sukatan yang tertentu maka haiwan ternakan dalam kolam boleh mendapatkan makanan tambahan hasil dari penggunaan EM......maka terbentuklah zooplankton.......yang ni makanan tambahan untuk hidupan dalam air..... penggunaan EM yang terkawal juga boleh mengawal paras amonia dan alge dalam air.....kita tahu bahawa apabila paras amonia dalam air bertambah(paras keasidan)....ini boleh mengakibatkan hidupan dalam air.....matanya pedih......mata terbonjol keluar.....kulit mengelupas dan dengan izin Allah....matilah hidupan dalam air.

Sunday

TELUR LINTAH

Segala penat lelah sejak disember 2008 menternak lintah....kini saya boleh menarik nafas lega kerana lintah dah pun bertelur dan menghasilkan anak lintah.......gembira rasa nya....mula mula tengok anak lintah adalah sangat halus kecil sedikit dari ketebalan jarum. Mula-mula melihat anak lintah adalah pada awal bulan 2/2009.....dan kini anak lintah dah semakin membesar.....hampir sebesar batang mancis..........

Wednesday

MAHLIGAI LINTAH

Mahligai lintah?????

Mungkin orang yang baru pertama mendengar perkataan mahligai lintah akan tersenyum sebab mendengar sahaja ayat mahligai lintah adalah sesuatu yang amat ganjil.

Mungkin yang sudah biasa dengan ternakan lintah secara komersial biasa dengan perkataan mahligai lintah. Ya....disinilah kepentingan dari segi proses pembiakan , kerehatan lintah. Mungkin ada yang tertanya tanya kenapa perlu ada mahligai lintah di dalam sesebuah kolam lintah, berapa mahligai lintah yang perlu ada dalam setiap kolam, apa dia alat mahligai lintah?

Mahligai lintah merupakan tempat di mana tempat lintah untuk bertelur, berehat untuk mendapat suhu yang sesuai. Selalunya pasu bunga yang diperbuat dari tanah liat di gunakan sebagai mahligai lintah sebab berada di bawah pasu bunga di dalam air merupakan kawasan yang amat sesuai untuk lintah kerana kawasan ini sejuk, dimana suhu yang melebihi 25 darjah celcius boleh menyebabkan kehidupan lintah tidak selesa dn boleh menyebabkan kematian lintah.

Penggunaan bilangan mahligai di dalam sesebuah kolam adalah bergantung kepada bilangan lintah , semakin banyak lintah berada di dalam kolam semakin banyaklah pasu bunga yang digunakan. Contohnya kalau kolam kita mempunyai 300 ekor lintah memadai 1 pasu bunga sahaja digunakan. kalau guna pasu bunga yang banyak kemungkinan boleh menyebabkan lintah ni susah nak cari pasangan sebab terlampau banyak tempat nak cari pasangan.

Air kolam lintah

Sememangnya penjagaan air kolam lintah adalah faktor suksesnya penternakan lintah secara komersial. Ini termasuklah permulaan air sebelum dimasukkan ke dalam kolam lintah, samada kita menggunakan kolam politank, kanves ataupun konkrit.

KLORIN
Kandungan air paip seperti yang kita ketahui mengandungi gas-gas klorin..sekiranya kita menggunakan air paip tanpa meneutralkan kandungan gas-gas klorin di dalam air paip tersebut dan terus memasukkan lintah ke dalam kolam.... ini boleh menyebabkan lintah-lintah kita sesak nafassss......sebab menyedut gas gas klorin yang terdapat didalam air. Seperti yang kita sedia maklum lintah menggunakan kulitnya untuk menyedut kandungan oksigen terlarut (DO) didalam air .

Cara - cara meneutralkan gas- gas klorin ialah kita menggunakan anti klorin yang mudah didapati di kedai-kedai yang menjual ikan hidup. Kebiasaannya pagi kita meletakkan anti klorin didalam kolam besok kita dah boleh meletakkan lintah, ataupun kita boleh menggunakan sejenis cecair yang boleh mengesan kehadiran gas-gas klorin di dalam air, dan kalau ada modal kita boleh menggunakan klorin meter lagi tepat pengukurannya.

Penggunaan air hujan adalah paling praktikal sebab disini kita mendapat banyak manfaatnya dimana air hujan tiada gas- gas klorin, percuma, jimat anti klori, dan jimat masa .

pH air
Disamping kehadiran klorin didalam air paip, faktor yang penting yang kita kena pantau ialah pH air, kandungan air yang terlalu masam(berasid) dan kandungan kapur yang tinggi boleh menyebabkan lintah kita mati, sebab itu kita lihat salah satu faktor yang boleh meneutralkan ph didalam kolam kita ialah penggunaan tanah , tumbuh-tumbuhan(kiambang, keladi bunting)

Kebiasaannya lintah hidup diantara pH 5 - ph 7. Kandungan pH yang tidak sesuai di dalam air boleh menyebabkan ketidakselesan lintah kita didalam kolam dan boleh menyebabkan lintah mati. Sebab itu kalau kita menggunakan kolam simen , kandungan kapur di dalam campuran simen boleh menyebabkan kualiti air berubah.....sebab itu kalau kita menggunakan kolam simen kita tidak digalak menggunakan kolam yang baru siap dan terus meletakkan lintah sebab dikhuatiri kandungan kapur di dalam simen boleh menyebabkan pH berubah,

Pemantauan pH di dalam air kolam lintah adalah perkara mustahak, tak lah disuruh hari hari check......tapi mungkin selang 3 hari atau 1 minggu sekali, penggunaan kertas pH boleh tapi tak begitu tepat berbanding penggunaan pH meter. Kalau susah susah nak cari pH meter di tempat anda....pergi ke laman web ebay ...taip pH meter.....banyak dalam ebay tu.....paling murah rm70 termasuk kos penghantaran dari Hong Kong......

Sebab itu, kita kena ada ilmu di dalam bab air ni, kenapa saya kata begitu....katakan tiba-tiba kandungan pH didalam kolam tuan adalah pada bacaan pH ialah 4 atau 9....apa patut kita buat....samada nak tambah tanah......atau nak tukar air atau nak tambah kiambang/keladi bunting?.

Lumut /Algea
Lumut merupakan sejenis tumbuhan mikro yang hidup di dalam air....lumut ni bagus juga untuk lintah sebab lintah ni memakan lumut....tapi kuantiti lumut yang terlalu banyak didalam air juga boleh mempengaruhi kandungan air kolam itu sendiri.....selalunya kalau terlalu banyak kandungan lumut didalam air makan pH air boleh menjadi masam(berasid) sebab banyak lumut yang mati didalam kolam disamping sifat fizikal air burubah menjadi hijau...sakit mata memandang. Selalunya kehadiran lumut/algea didalam air adalah disebabkan oleh air bertakung dan terdedah kepada cahaya matahri. Sebab itu paip over flow adalah penting di dalam kolam.

VIDEO LINTAH SARAWAK

VIDEO LINTAH SARAWAK 1

Sunday

SELAMAT DATANG KE DUNIA LINTAH

Alhamdulillah....

hari ini lintah dah masuk ke dalam politank.......sebanyak 200 ekor....wah....seronok lihat lintah ke sana kemari ....dan ada pula yang nak keluar......tapi geli tengok lintah.....eeeeeeeeeee......tapi duit punya pasal.......lantaklah geli tu......

banyak juga cabaran dalam penyediaan politank ni.......

mula mula sediakan politank.......
masukkan batang pisang yang telah dipotong kecil kecil....
masukkan air hujan / air paip
biar selama 3 hari bagi meneutralkan politank / kolam simen.....bagi membuang bahan kimia pada dinding politank tu....
setelah 3 hari......buang air dan batang pisang..... masukkan air paip....atau air hujan....

kalau guna air paip letakkan 2 atau 3 penutup klorin...... biarkan sahaja 3 - 4 hari...kalau ada jentik jentik dalam kolam tu selepas 3 hari ok lah tu.........kalau nak cepat check guna cecair test klorin...ada jual kat kedai jual ikan ....selalunya pagi letak klorin......besok hari dah boleh letak lintah...


TAPI....
dalam industri ternakan lintah ini.....anda seharusnya melengkapi diri anda dengan ilmu pengetahuan yang cukup...sedia menghadiri kursus lintah........dan sentiasa membuat kajian mengenai lintah....walaupun lintah ni tahan atau kebal .....anda harus ingat bahawa lintah ni bernyawa...seharusnya anda tahu bahawa lintah ni pun ada sensitivenya....panas sangat ia mati...ph air tinggi atau kurang ia mati juga.....kena panas terlampau mati juga....jadi haruslah anda faham dan tahu habitat lintah ni........

cakap memang senang bahawa ternak lintah ni menguntungkan....memang betul........bayangkan harga seekor lintah dewasa rm3.50/ekor........kalau seekor lintah boleh bertelur sehingga 300 anak sebelum ia monopos.........kiraan cincai......katakan lintah kita bertelur 100 ekor aje....hahhhhh....kiralah sendiri untungnya.......dalam masa 6 bulan le....selepas enam bulan boleh tuai......tapi kita merancang tuan.....Allah yang menentukannya.......oleh itu banyak doa dengan Allah........kita usaha saja tuan.........selepas itu kerja Allah yang menghidupkan lintah dan membanyakkan lintah.......