Untuk itu, mana mana penternak lintah yang menggunakan tangki lintah khasnya wajib memastikan pengudaraan didalam tangki lintah adalah tidak terlampau panas.
Perkara perkara yang anda perlu lakukan bagi memastikan udara dalam kolam lintah tidak panas
- jangan dedahkan tangki atau kolam lintah anda terus kepada cahaya matahri;
- buat satu ruang udara diatas tangki anda bagi memastikan udara segar masuk ke dalam tangki / kolam dan udara panas keluar dari tangki. Kenal pasti arah angin di kawasan anda meletakkan tangki lintah, dan halakan ruang udara tangki lintah ke arah angin;
- sekiranya anda meletakkan tangki lintah anda dikawasan tanah lapang gunakan netting orkid berwarna hitam dengan ketelusan cahaya matahari 80%
FAKTOR TANGKI LINTAH
Kajian yang saya buat mendapati tangki lintah 100 gelen berwarna hitam adalah amat sesuai untuk lintah kerana:
- kurangnya terhasil udara panas didalam tangki ;
- salah satu faktor yang mampu memberi keselesaan yang tinggi kepada lintah anda, penggunaan tangki 100 gelen yang berwarna hitam boleh menggandakan anak anak lintah anda dengan cepat.
0 comments:
Post a Comment