Ph meter

Harga RM 180.00/unit
Deposit RM100.00

Penghantaran dalam masa 3 - 4 minggu

Berminat?

hubungi mr adi 013 8494242

INFO LINTAH DAN MINYAK LINTAH TEGAP TEGUH

Dalam blog ini kami kongsi bersama mengenai info ternakan lintah.

Minyak lintah Tegap Tegang yang dihasilkan dari resepi turun temurun untuk membantu masalah seksual lelaki dan juga digunakan untuk urutan tradisional bagi menghilangkan masalah angin badan, melancarkan darah,sakit sakit sendi(gout), sakit sakit badan.

minyak lintah tegap teguh hanya untuk digunakan pada bahagian luar badan sahaja.

terima kasih


Showing posts with label air kolam lintah. Show all posts
Showing posts with label air kolam lintah. Show all posts

Saturday

MINYAK LINTAH TEGAP TEGANG

Sesiapa yang berminat untuk mendapatkan minyak lintah boleh menghubungi saya melalui 0138494242 encik adi........

Penghasilan minyak lintah berasaskan resepi turun temurun

Minyak lintah yang dihasilkan ialah untuk tujuan;
  • seksual - disapu pada kemaluan lelaki untuk melancarkan darah darah yang beku/block pada saluran darah pada zakar, menyihatkan zakar,menegangkan zakar,tahan lama, memulihkan urat kemaluan, melancarkan pancutan air mani, tahan lama

  • urut - sesuai digunakan untuk mengurut pada bahagian badan yang kebas, anggota badan yang mana mempunyai darah beku, benjolan darah beku pada anggota badan,untuk sakit sakit sendi(gout),membuang angin badan.

CARA MENGGUNAKAN MINYAK LINTAH TEGAP TEGANG


  • Hendaklah mengurut dari pangkal hingga kekepala zakar, kiri dan kanan (tahankan kulit dipangkal kiri kiranya kulit kendur, lakukan lima kali urut sekali genggam

  • Urut dari tepi lubang dubur hingga kepangkal buah zakar (ulangkan urutan ini sebanyak 7 kali berturut- turut.

  • Dua lubang cincin hendaklah di tekan (sengkah) hingga ke dasar sedikit demi sedikit (ulang sebanyak 11 kali)

  • Kemudian susur dipangkal zakar, urut keluar kiri dan kanan serta dari dan bawah (ulang sebanyak 7 kali)

  • Tangan kanan memegang zakar melalui bawah paha kanan, luruskan kaki sedikit demi sedikit (ulang sebnayk 7 kali)

Sunday

FAKTOR UDARA DI DALAM TANGKI LINTAH

Pengudaraan yang sempurna di dalam tangki atau kolam lintah /leech anda merupakan salah satu faktor yang mampu menjadikan lintah anda membiak dengan baik dan sempurna. Suasana yang segar, udara yang tidak terlampau panas didalam tangki atau kolam adalah sesuai untuk perkembangan lintah.

Untuk itu, mana mana penternak lintah yang menggunakan tangki lintah khasnya wajib memastikan pengudaraan didalam tangki lintah adalah tidak terlampau panas.

Perkara perkara yang anda perlu lakukan bagi memastikan udara dalam kolam lintah tidak panas
  • jangan dedahkan tangki atau kolam lintah anda terus kepada cahaya matahri;
  • buat satu ruang udara diatas tangki anda bagi memastikan udara segar masuk ke dalam tangki / kolam dan udara panas keluar dari tangki. Kenal pasti arah angin di kawasan anda meletakkan tangki lintah, dan halakan ruang udara tangki lintah ke arah angin;
  • sekiranya anda meletakkan tangki lintah anda dikawasan tanah lapang gunakan netting orkid berwarna hitam dengan ketelusan cahaya matahari 80%

FAKTOR TANGKI LINTAH
Kajian yang saya buat mendapati tangki lintah 100 gelen berwarna hitam adalah amat sesuai untuk lintah kerana:
  • kurangnya terhasil udara panas didalam tangki ;
  • salah satu faktor yang mampu memberi keselesaan yang tinggi kepada lintah anda, penggunaan tangki 100 gelen yang berwarna hitam boleh menggandakan anak anak lintah anda dengan cepat.

Wednesday

ANTARA LINTAH DAN HARAPAN

Tentu diantara kita sudah menternak lintah...mungkin dah setahun.......atau 8 bulan yang lalu....atau 6 bulan yang lalu.......hasilnya???????? adakah anda bangga atau kecewa dengan hasil lintah anda????????kalau anda berjaya gandakan lintah anda SEKALUNG TAHNIAH dari saya....kalau anda gagal mempergandakan lintah anda......DI MANAKAH SILAPNYA.......adakah teori 1 ekor lintah boleh menghasilkan anak anak lintah sebanyak 200 ekor boleh dipakai...??????

Masalah utama dalam ternakan lintah adalah :
- Teknik
adakah teknik air berkesan......adakah cocoon terbentuk dengan kaedah ini????

-tanah
tanah apa yang anda guna.....tanah bukit? /tanah banyak cacing???? atau tanah gambut??? atau tanah sawah????? apa kah anda fikir bahawa lintah sesuai hidup di semua jenis tanah??????adakah anda terfikir bahawa lintah amat sensitif dengan suasana ph yang tinggi atau rendah?????

-suhu
dimanakah tangki atau kolam ada??? terdedah kepada cahaya matahari atau........hujan....

- baja
ini juga antara yang terpenting.....baja apa anda guna.....????kompos atau vermikompos?.....berapa kekerapan anda memberi lintah anda makan.....?

Thursday

TIPS MEMILIH KURSUS LINTAH

Tips untuk memilih kursus lintah yang di buat di Negeri Sarawak ;

1. ada kontrak farming;
2. penganjur kursus ada menternak lintah
3. semasa kursus penganjur tidak merendah rendahkan penganjur lain;
4. pastikan nama syarikat yang digunakan penganjur berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia(SSM) bagi status sendirian berhad (SB) / PBT bagi status enterprise.........
5. penganjur ada pejabat ;
6. yang paling penting......ada kilang memproses lintah untuk dijadikan produk.....jangan asyik dalam iklan dalam blog atau web penganjur asyik tunjuk produk orang lain aje...asyik asyik tunjuk sensa oil, minyak lintah gunung.......atau krim lintah......yang pasti itu produk orang lain...

pengalaman saya ada juga penganjur kursus lintah yang hanya pandai bercakap.....tetapi pelan jangka masa panjang tiada.......hanya mengambil kesempatan dari peserta kursus lintah untuk mengutip duit kursus, untuk menjual lintah dengan harga tinggi....

ada juga yang saja saja membuat kursus lintah......bila di tanya peserta macamana nak beli lintah....senang aje jawab si penganjur......dia bagi no. telefon penagnjur kursus lain....dia suruh beli lintah dari penganjur tersebut............

banyak lagi karenah penganjur.....kadang kadang ada teknik yang digunakan tak menjadi........ternak 1000 ekor dalam tangki......bila nak tuai....bukannya bertambah bahkan semakin kurang lintah di dalam tangki.......

tujuan saya menulis ni bukannya nak hancurkan mana mana pihak........cuma kita sebagai penternak kena bijak memilih penganjur kursus lintah.....sebab apa.....kita dah laburkan duit kita dan masa kita untuk lintah....silap perancangan dan percaturan kita yang akan rugi.....


semoga tips yang saya berikan berguna untuk tuan puan.....walau apa apa pun......tepuk dada tanya poket.......wassalam.

Wednesday

PENGGUNAAN TANAH SAWAH DALAM TERNAKAN LINTAH


Tanah sawah merupakan habitat asal kehidupan lintah, masa lalu di mana zaman belum begitu moden pesawah tidak menggunakan racun rumput atau serangga dalam proses penanaman padi......dan kesannya habitat lintah tidak terganggu...dan wujud ekosistem kehidupan lintah yang harmoni dan tenteram......dan dalam tanah sawah juga ada kandungan ph dan ammonia adalah stabil dan ok.....

sebenarnya kalau kita hendak wujudkan habitat asal lintah dalam tangki ternakan kita.....apa yang perlu kita buat? yang paling utama dalam sistem ternakan tangki lintah ialah air dan tanah sawah...air kita jaga kandungan ph dan kadar klorin........dan tanah sawah merupakan habitat asal lintah.....untuk tanah sawah pastikan kandungan ammonia rendah dan kandungan ph adalah ok sama seperti habitat asal.

Tapi INGAT.....jangan main taruh aje tanah sawah tu.....pastikan tanah sawah yang kita ambil dari sawah tiada aktiviti meracun dilakukan .......paling elok sekali selepas menuai padi dilakukan....nanti tak pasal pasal lintah kita mati atau terbantut pertumbuhan dan terbantut pembiakannya.

Kaedah untuk meletak tanah sawah ialah....ambil pasu bunga(tanah liat) letakkan tanah sawah dalam pasu tersebut......kemudian letakkan pasu dalam tangki dimana paras bahu pasu hampir mencecah paras air.....jangan terkejut kalau lintah lintah panggil geng lintah dan menyerbu tanah tersebut ...hasilnya dalam 1 - 2 hari lintah akan masuk ke dalam tanah......dan bertelur....dan kejayaan penternak lintah ialah penghasilan kokoon yang banyak......dan yang paling penting teknik meletak tanah sawah ialah seperti penghasilan pulau.........

Kedah dua ialah.....sebelum kita mengisi air dalam tangki lintah.......ambil tanah sawah dan buat batas seperti membuat batas biasa....

pengalaman saya dalam penggunaan tanah ialah....mula mula saya gunakan tanah kuning(tanah bukit) bila saya periksa ph tanah selepas beberapa bulan saya menggunakan tanah tersebut...alangkah terkejutnya saya bila bacaan ph tanah ialah 3 (berasid)patutlah saya lihat lintah saya macam tak selera aje tengok tanah tu.......patut saya tengok dan perhati dalam pasu yang saya letakkan tanah kuning(bukit) haram seekor lintah pun tak nak masuk.....bila letak secara paksa pun lintah tak aktif ....last-last saya keluarkan tanah tersebut dan ganti dengan tanah sawah.....berduyun duyun lintah masuk kedalam tanah sawah.....itulah pengalaman namanya..... try and error.

Air kolam lintah

Sememangnya penjagaan air kolam lintah adalah faktor suksesnya penternakan lintah secara komersial. Ini termasuklah permulaan air sebelum dimasukkan ke dalam kolam lintah, samada kita menggunakan kolam politank, kanves ataupun konkrit.

KLORIN
Kandungan air paip seperti yang kita ketahui mengandungi gas-gas klorin..sekiranya kita menggunakan air paip tanpa meneutralkan kandungan gas-gas klorin di dalam air paip tersebut dan terus memasukkan lintah ke dalam kolam.... ini boleh menyebabkan lintah-lintah kita sesak nafassss......sebab menyedut gas gas klorin yang terdapat didalam air. Seperti yang kita sedia maklum lintah menggunakan kulitnya untuk menyedut kandungan oksigen terlarut (DO) didalam air .

Cara - cara meneutralkan gas- gas klorin ialah kita menggunakan anti klorin yang mudah didapati di kedai-kedai yang menjual ikan hidup. Kebiasaannya pagi kita meletakkan anti klorin didalam kolam besok kita dah boleh meletakkan lintah, ataupun kita boleh menggunakan sejenis cecair yang boleh mengesan kehadiran gas-gas klorin di dalam air, dan kalau ada modal kita boleh menggunakan klorin meter lagi tepat pengukurannya.

Penggunaan air hujan adalah paling praktikal sebab disini kita mendapat banyak manfaatnya dimana air hujan tiada gas- gas klorin, percuma, jimat anti klori, dan jimat masa .

pH air
Disamping kehadiran klorin didalam air paip, faktor yang penting yang kita kena pantau ialah pH air, kandungan air yang terlalu masam(berasid) dan kandungan kapur yang tinggi boleh menyebabkan lintah kita mati, sebab itu kita lihat salah satu faktor yang boleh meneutralkan ph didalam kolam kita ialah penggunaan tanah , tumbuh-tumbuhan(kiambang, keladi bunting)

Kebiasaannya lintah hidup diantara pH 5 - ph 7. Kandungan pH yang tidak sesuai di dalam air boleh menyebabkan ketidakselesan lintah kita didalam kolam dan boleh menyebabkan lintah mati. Sebab itu kalau kita menggunakan kolam simen , kandungan kapur di dalam campuran simen boleh menyebabkan kualiti air berubah.....sebab itu kalau kita menggunakan kolam simen kita tidak digalak menggunakan kolam yang baru siap dan terus meletakkan lintah sebab dikhuatiri kandungan kapur di dalam simen boleh menyebabkan pH berubah,

Pemantauan pH di dalam air kolam lintah adalah perkara mustahak, tak lah disuruh hari hari check......tapi mungkin selang 3 hari atau 1 minggu sekali, penggunaan kertas pH boleh tapi tak begitu tepat berbanding penggunaan pH meter. Kalau susah susah nak cari pH meter di tempat anda....pergi ke laman web ebay ...taip pH meter.....banyak dalam ebay tu.....paling murah rm70 termasuk kos penghantaran dari Hong Kong......

Sebab itu, kita kena ada ilmu di dalam bab air ni, kenapa saya kata begitu....katakan tiba-tiba kandungan pH didalam kolam tuan adalah pada bacaan pH ialah 4 atau 9....apa patut kita buat....samada nak tambah tanah......atau nak tukar air atau nak tambah kiambang/keladi bunting?.

Lumut /Algea
Lumut merupakan sejenis tumbuhan mikro yang hidup di dalam air....lumut ni bagus juga untuk lintah sebab lintah ni memakan lumut....tapi kuantiti lumut yang terlalu banyak didalam air juga boleh mempengaruhi kandungan air kolam itu sendiri.....selalunya kalau terlalu banyak kandungan lumut didalam air makan pH air boleh menjadi masam(berasid) sebab banyak lumut yang mati didalam kolam disamping sifat fizikal air burubah menjadi hijau...sakit mata memandang. Selalunya kehadiran lumut/algea didalam air adalah disebabkan oleh air bertakung dan terdedah kepada cahaya matahri. Sebab itu paip over flow adalah penting di dalam kolam.