Ph meter

Harga RM 180.00/unit
Deposit RM100.00

Penghantaran dalam masa 3 - 4 minggu

Berminat?

hubungi mr adi 013 8494242

INFO LINTAH DAN MINYAK LINTAH TEGAP TEGUH

Dalam blog ini kami kongsi bersama mengenai info ternakan lintah.

Minyak lintah Tegap Tegang yang dihasilkan dari resepi turun temurun untuk membantu masalah seksual lelaki dan juga digunakan untuk urutan tradisional bagi menghilangkan masalah angin badan, melancarkan darah,sakit sakit sendi(gout), sakit sakit badan.

minyak lintah tegap teguh hanya untuk digunakan pada bahagian luar badan sahaja.

terima kasih


Wednesday

Air kolam lintah

Sememangnya penjagaan air kolam lintah adalah faktor suksesnya penternakan lintah secara komersial. Ini termasuklah permulaan air sebelum dimasukkan ke dalam kolam lintah, samada kita menggunakan kolam politank, kanves ataupun konkrit.

KLORIN
Kandungan air paip seperti yang kita ketahui mengandungi gas-gas klorin..sekiranya kita menggunakan air paip tanpa meneutralkan kandungan gas-gas klorin di dalam air paip tersebut dan terus memasukkan lintah ke dalam kolam.... ini boleh menyebabkan lintah-lintah kita sesak nafassss......sebab menyedut gas gas klorin yang terdapat didalam air. Seperti yang kita sedia maklum lintah menggunakan kulitnya untuk menyedut kandungan oksigen terlarut (DO) didalam air .

Cara - cara meneutralkan gas- gas klorin ialah kita menggunakan anti klorin yang mudah didapati di kedai-kedai yang menjual ikan hidup. Kebiasaannya pagi kita meletakkan anti klorin didalam kolam besok kita dah boleh meletakkan lintah, ataupun kita boleh menggunakan sejenis cecair yang boleh mengesan kehadiran gas-gas klorin di dalam air, dan kalau ada modal kita boleh menggunakan klorin meter lagi tepat pengukurannya.

Penggunaan air hujan adalah paling praktikal sebab disini kita mendapat banyak manfaatnya dimana air hujan tiada gas- gas klorin, percuma, jimat anti klori, dan jimat masa .

pH air
Disamping kehadiran klorin didalam air paip, faktor yang penting yang kita kena pantau ialah pH air, kandungan air yang terlalu masam(berasid) dan kandungan kapur yang tinggi boleh menyebabkan lintah kita mati, sebab itu kita lihat salah satu faktor yang boleh meneutralkan ph didalam kolam kita ialah penggunaan tanah , tumbuh-tumbuhan(kiambang, keladi bunting)

Kebiasaannya lintah hidup diantara pH 5 - ph 7. Kandungan pH yang tidak sesuai di dalam air boleh menyebabkan ketidakselesan lintah kita didalam kolam dan boleh menyebabkan lintah mati. Sebab itu kalau kita menggunakan kolam simen , kandungan kapur di dalam campuran simen boleh menyebabkan kualiti air berubah.....sebab itu kalau kita menggunakan kolam simen kita tidak digalak menggunakan kolam yang baru siap dan terus meletakkan lintah sebab dikhuatiri kandungan kapur di dalam simen boleh menyebabkan pH berubah,

Pemantauan pH di dalam air kolam lintah adalah perkara mustahak, tak lah disuruh hari hari check......tapi mungkin selang 3 hari atau 1 minggu sekali, penggunaan kertas pH boleh tapi tak begitu tepat berbanding penggunaan pH meter. Kalau susah susah nak cari pH meter di tempat anda....pergi ke laman web ebay ...taip pH meter.....banyak dalam ebay tu.....paling murah rm70 termasuk kos penghantaran dari Hong Kong......

Sebab itu, kita kena ada ilmu di dalam bab air ni, kenapa saya kata begitu....katakan tiba-tiba kandungan pH didalam kolam tuan adalah pada bacaan pH ialah 4 atau 9....apa patut kita buat....samada nak tambah tanah......atau nak tukar air atau nak tambah kiambang/keladi bunting?.

Lumut /Algea
Lumut merupakan sejenis tumbuhan mikro yang hidup di dalam air....lumut ni bagus juga untuk lintah sebab lintah ni memakan lumut....tapi kuantiti lumut yang terlalu banyak didalam air juga boleh mempengaruhi kandungan air kolam itu sendiri.....selalunya kalau terlalu banyak kandungan lumut didalam air makan pH air boleh menjadi masam(berasid) sebab banyak lumut yang mati didalam kolam disamping sifat fizikal air burubah menjadi hijau...sakit mata memandang. Selalunya kehadiran lumut/algea didalam air adalah disebabkan oleh air bertakung dan terdedah kepada cahaya matahri. Sebab itu paip over flow adalah penting di dalam kolam.

0 comments:

Post a Comment